Sunday, December 12, 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Seperti yang aku janjikan, bukan pada kamu semua, tetapi pada diri aku sendiri, yang aku akan menonton dan merebiu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) arahan Mamat Khalid sebaik sahaja aku menontonnya, makanya aku mula menulis rebiu ini (dan aku cuba memberi amaran disini bahawa akan terdapat spoiler di dalam rebiu ini, so for those motherfuckers yang tak tonton lagi filem ini, kamu semua telah diberi amaran samada mahu membacanya atau boleh sahaja tidak membacanya).

Tidak peduli apa orang kata, bagi aku tajuk filem ini sangat membantu menarik, sangat membantu memanipulasikan libido penonton melayu untuk menonton filem ini. Kelakar dan seram dalam satu masa. Satu kombinasi perkataan yang bagus dan genius dari Mamat untuk melelehkan air liur penonton yang dahagakan eskapis dari kepahitan ekonomi. Oleh itu tidak hairan, aku menonton filem ini dalam panggung yang hampir penuh.

Filem ini boleh dianggap sebagai sekuel kepada Zombi Kampung Pisang (2007) kerana masih menggunakan hero yang sama dan berlatar belakangkan Kampung yang sama iaitu Kampung Pisang. Husin, balik ke kampung Pisang setelah 2 tahun membanting tulang di Singapore, kepulangannya ke kampung adalah untuk menunjukkan yang dia sudah berjaya (kepada orang Kampung dengan motor Harley Davidsonnya [Berjaya bagi orang melayu adalah apabila mempunyai vihaikel mewah-tak percaya tengok flyers retorik MLM]) dan mahu klaim kembali tunangannya, Che Nin, yang ditinggalkan tanpa khabar berita. Namun, kepulangan Husin bukan sahaja mendapat makian hamun dari Pak Jabit (bapa Cik Nin) malahan masalah baru timbul apabila kampungnya diganggu oleh Hantu Kak Limah.

Menonton filem ini membuat aku percaya bahawa Mamat Khalid adalah seorang auteur, dia masih lagi konsisten dengan genrenya dan stail komedinya, yang secara literal, mempunyai tone sarkastik, sinikal, parodi yang berat dalam dialog-dialognya. Merapunya adalah bertujuan. Tidak perlu mempunyai otak yang genius untuk mengetahui bahawa Mamat, dalam Hantu Kak Limah ini melontarkan keresahannya terhadap cara pemikiran, mentaliti,sosial-politik orang melayu. Segala isu subsidi,jumud,PPSMI etc. Baik kiri atau kanan, semuanya disapu oleh Mamat.

Dan resah itu, ternyata lebih ikhlas ditujukan kepada keadaan politik gila yang melanda negeri Perak, negeri kelahiran Mamat sehinggakan setiap kali bendera negeri kelihatan di dalam frame, terdapat kain buruk tersangkut di bendera tersebut. Mise-en-scene (prop) yang tak sukar untuk ditafsirkan maksudnya.

Tidak limitasi terhadap keadan dalam negeri sahaja, malahan sindiran Mamat pergi jauh sehingga menyindir sikap angkuh dan arogan [sombong lagi bodoh] Indonesia dengan menggunakan watak Wak Joko Erwin Anwar (serampang dua mata), Seorang wak mental bangsa Indon yang akhirnya tewas dengan hanya sekali penyepak dari Kak Limah.

Sebagai seorang yang koya spektator, aku tidak terlalu kagum dan seronok dengan kenakalan Mamat dalam bersarkastik, atau bersatira tambah-tambah lagi secara literal begini. Kita berbalik untuk melihat filem sebagai filem, atau bahasa yang lebih angkuh nak mampus adalah kembali melihat kepada gaya sinematik Mamat.

Aku pooja Mamat yang gemar memasukkan unsur Surrealist dalam filem-filemnya, di dalam satu adegan imbas balik terdapat satu adegan diiringi muzik soprano, yang mencetuskan cemas dan ngeri, dimana Usop (Shy8) digeles oleh kubota yang sedang dipandu oleh Wan Kaswi, di akhir scene, yang diambil secara long syot, Usop terbaring dengan pancutan darah yang tersembur dari kubota dan dalam masa yang sama, Wan Kaswi masih tidak sedar dan bergelak menggunakan telefon. Keseluruhan scene ini sangat gempak giler bagi aku. Terutamanya scene last hujan darah tersebut. Scene ini bukan sahaja cuba menyindir perangai orang melayu yang suka exaggerating dalam bercerita, dalam masa yang sama berkempen tentang keselamatan jalan raya [penggunaan telefon semasa memandu adalah bahaya bahlul!], selain itu juga menyindir LPF yang anti akan unsur-unsur gore. Kalau dibikin secara komikal, unsur gore itu tidak diperdulikan, dengan mudahnya kalau pengarah sedikit kreatif macam Mamat, LPF itu dapat dibodoh-bodohkan.

Mamat bijak juga menjadikan filem-filemnya filmik, dia gunakan V-efek (terdapat dua scene iaitu sewaktu scene rapu Abi Hurairah dan Usop nyanyi Soley-Soley, dan scene flashback Che Purnama (Dewa sii Guard) menceritakan peristiwanya bertembung dengan Musalman (Pekin)) dan jump cut Godard (flashback Husin cuba memanggil Musalman). Syot-syot POV frontal Husin, Pak Abu, Pak Jabit, Usop berlari bagai nak gila apabila takutkan Kak Limah.

Dari apa yang aku tonton, Mamat sentiasa memberi kualiti-kualiti sinema di dalam filem-filemnya melalui stail syot,suntingan dan lakon layar. Dia konsisten bijak meneksploitasikan syot. Sehinggakan pemilihan pelakon yang tersangat obvious kaku seperti Wan Kaswi (si montel di dalam filem ini) dengan kesedaran digunakan bagi menghidupkan semangat B- movie dan menjadikan kualiti lakonan yang buruk itu relevan sebagai sebahagian dari unsur komedi parodi Mamat kerana bentuk (form) filem itu yang  thrash mengizikannya.

Paling beauty, apabila elemen vertigo dijadikan sebagai penutup kepada filem ini dimana Ayu (Ava Vanjaa) menjadi subjek vertigo yang diangkat ditengah-tengah frame memberi kesan ancaman kepada Husin dan juga penonton. Ia memberi dua persepsi kepada penonton samada akan ada trilogi Kampung Pisang kerana masih ada lagi sekor setan, serta Husin pasti akan menghadapi masalah lagi.

Aku rasa sangat berbaloi dan rasanya inilah filem paling sesuai menjadi penutup tahun ini. Walau bagaimanapun, secara peribadi, Man Laksa masih lagi master piece Mamat Khalid.

Aku balik ke rumah dengan rasa puas hati. Satu sebab filem ini bagus dan satu lagi bila aku mendapat call dari Maddy, nak tahu apa dia cakap?

" Dah tengok filem tu?"

" Dah"

" Dengar cerita best?"

" Memang!"

" Jom tengok lagi esok?"

"Esok aku busy"

" Ohw ok."

Selepas dia menjawab ok, dia mematikan perbualan. kah kah kah...padan muka kau Maddy, aku ajak kau tak nak pergi. Kan dah menyesal.

2 comments:

  1. Ok! best reviu ni bro. (dtg dari link fadz)
    X spoil sebab aku dah tengok. bak kat upin ipin,

    betul 3x.

    ReplyDelete