Thursday, December 9, 2010

Masih kosong.

Hari kedua berblog. Masih kosong. Dan fuck aku lupa untuk letak widget untuk trafik ke Hanaelisis ini. 4 tin Harimau dan sekarang aku mula terasa ngauman demi ngauman di medula oblongata (atau setepatnya di serebrum?) aku.

 "Shut up fuck up!!!!!! you stupid tiger!!!! aku sedang cuba menulis sekarang ini lah lakhanat!!!!"

Ngauman terhenti.

Ok suasana kembali aman. Di Facebook, terdapat beberapa motherfuckers yang sedang mempromosikan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem terbaru dari pengarah narsisis Mamat Khalid. Terbitan Tayangan Unggul (yeah yang bossnya Miss Gayathri Su Lin Pillai yang so damn hawt- itu). Rata-ratanya memberi respon bahawa filem itu kelakar as hell. 'Kau boleh ketawa pecah perut,hidung berair, dan bagi penderita asma, kau boleh kena attack jika kau tonton filem ini' -  kata salah seorang dari pengomen. Aku agak skeptikal dengan respon-respon ini terutamanya selepas aku menonton filem Estet (2010)  juga dari pengkarya yang sama, iaitu Mamat Khalid.

Estet mengecewakan aku. Maddy si Bitch menyeranah aku, katanya aku membuang masanya, dengan mengajaknya menonton crappy movie yang cuba membuat homaj terhadap filem-filem Tamil (80an) tapi makingnya terlampau mengada-ngada. Sebuah pastiche yang tidak menjadi kalaulah  tujuan pengarahnya cuba tribute filem-filem Kollywood. Suntingannya choppy (jump cut Godard lah kononnya but macam haram). Sedangkan Maddy si Bitch lagi bimbo boleh berkata demikian apatah lagi si motherfuckers tua yang menjadi juri di FFM yang lepas. Ok lupakan soal FFM kerana aku tidak mahu berbicara tentang sebuah festival filem paling buruk di dunia, berbalik kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Mamat, walaupun skeptikal, aku tetap akan menontonnya esok.

Mamat pernah impress aku dengan worknya iaitu Rock, Man Laksa dan sudah tentunya the grandeur Kala Malam Bulan Mengambang. Oleh itu aku masih lagi belum lost faith terhadap work-worknya. Mungkin esok aku akan menontonnya, secara bersendirian. yes it sound pathetic but aku akan menonton filem tersebut alone.

Puncanya... aku hubungi Maddy (the one and only human being yang wujud di kosmologi kehidupan aku buat masa ini) tadi untuk bertanyakan kalau-kalau dia mahu teman aku tonton filem ini tengah hari esok (malam aku perlu siapkan sebuah skrip telemovie bodoh yang perlu aku siapkan juga untuk kelestarian kehidupan aku, so aku free pada tengah hari sahaja).

"Filem apa?" tanyanya.

" Hantu Kak Limah Balik Rumah"  Jawab aku pendek.

"Ok, thanks but esok Jumaat"

" So?"

"Kau tak pergi Jummat ke?"

No comments:

Post a Comment