Wednesday, December 8, 2010

Bab 1

Blog baru. Yang entah ke berapa sudah. Ini entri yang pertama. Aku cuba mulakan dengan entri yang cool. Yang cuba impress mana-mana motherfuckers yang membaca. Tapi memang pukimak sialan haram jadah. Setelah hampir setengah jam aku masih lagi menaip hanya setakat ini (ya setakat titik noktah ini) ---> (. )

Aku hampir-hampir sahaja berhenti menulis dan bercadang untuk mengklik ikon pangkah di sudut paling kanan sebelah atas monitor PC aku tetapi tiba-tiba mata liar aku terpandang tarikh hari ini. 9 Desember. 

Dengan magisnya aku mendapat ilham untuk menulis, macam ada satu force ala-ala force Jedi yang menerjah masuk ke dalam kepala otak berjambul aku. Ini kerana 9 Desember merupakan satu tarikh yang sangat mempunyai nilai sentimental bagi aku.

Dan ya, motherfuckers sekalian, seterusnya ini adalah kisah jiwang tentang seorang budak lelaki ( aku lah budak lelaki itu, siapa lagi?) bertemu dengan seorang femme fatale. Dan, cerita ini memang tak akan berkesudahan dengan kegembiraan ( kau ingat ini filem Hindi?)  malahan kemungkinannya kesudahannya  open-ending ( yang tergantung seperti filem-filem art house atau Italian neorealisme yang tak berversamilitude) kalau tidak pun sad ending namun aku sahaja yang tak mahu menerima kenyataan.

Aku mulakan dengan memperkenalkan diri aku. Nama aku Hanael Borhan. Dan ya, itu bukan nama sebenar aku. Hidup aku sangat messed up atau lenih tepat lagi fucked up sekarang. Aku seorang lelaki 28 tahun yang sunyi. Tidak mempunyai pekerjaan tetap. Berat aku 85 Kg yang sekaligus menjadikan aku sebagai seorang lelaki yang mempunyai masalah berat badan (tapi hell no aku tidak akan menjadi pelanggan dR). Aku jatuh cinta dengan seorang bitch yang kerjanya adalah menipu aku dan memantat dengan lelaki lain. Hubungan aku dan dia ini sangat komplikated, aku akan ceritakannya nanti. Bukan sekarang. Buat masa ini, apa yang kamu semua patut tahu adalah namanya sahaja iaitu Maddy.

Selain dari cerita mengenai Maddy dan aku, sekali sekala, aku akan menulis tentang filem atau aku mungkin akan menulis tentang kedua-duanya.Dan aku juga tidak akan terhad menulis tentang dua perkara itu sahaja. Mungkin aku juga akan menulis tentang perkara-perkara lain, tentang sosio-politik-ekonomi-religius-falsafah.

Dan ada lagi satu perkara yang perlu kamu semua motherfuckers tahu. Apa yang aku tuliskan di sini mungkin kisah betul atau mungkin fiksyen, dan untuk lebih jujur, ianya sememangnya lebih banyak fiksyen. Jangan ambil berat tentang apa yang aku tuliskan disini, seperti yang aku nyatakan di awal tadi, hidup aku sangat messed up dan fucked up, dan.... Samad Said kata ini lah masanya yang paling sesuai untuk menjadi seorang penulis [yang hebat].

Sebab itu aku menulis. 

See, walaupun aku hampir-hampir sahaja tiada poin, berjaya juga aku menulis entri pertama ini sepanjang ini.Pada yang membaca, selamat datang ke blog aku motherfuckers. 
 




No comments:

Post a Comment